Pages

Friday, December 24, 2010

The White Comet (Bahagian 4)

Dalam bahagian 3 ini, modifikasi terhadap saluran paip intercooler, trottle body dan juga turbine telah ditukarkan kepada stainless steel. Dari trottle body hingga ke inlet intercooler menggunakan 2.5 inch paip stainless steel. Outlet intercooler pula menggunakan 2 inch paip stainless steel. Dan pada turbine ke air filter menggabungkan 3 inch dan 2.5 inch paip stainless steel.

Saiz lebih kurang dengan intercooler VR4
                            
Kos nak buat piping ni mahal jugak.
  1. Intercooler                             RM 400
  2. Silicone Hose (Depend jenama)  RM 250
  3. Stailess Steel                       RM 70
  4. Stainless Steel Elbow            RM 70
  5. Upah Welding Steel               RM 15 per ring
  6. Pipe Clip                               RM 10 per clip

    Silicone Hose harga depend saiz
    Proses nak pasang dan ukur pipe steel nie nak kena ada kemahiran yang tinggi....sebab kena tengok jugak model kereta ngan jenis engin yang owner pakai. Kalau pasang kat body Wira senang bleh beli terus kat kedai memang ada jual yang aluminium, tapi kalau pasang kat body saga memang nak kena customize lorrr....                       
     Proses Pemasangan

    Banyak kedudukan asal terpaksa kena ubah. Contohnye kedudukan air flow, turbine kena terbalikkan, tapak trottle body kena modified balik kecuali pakai trottle body evo ataupun yang customize, tapak dia tak payah adjust dah. Yang lain macam bateri kembali kat tempat asal original proton.

    Adjust tapak bateri

     Gambar amik malam tak berape clear



    Siap sempurna

    Monday, December 13, 2010

    Proton Wira 1.8 GSR Turbo Manual for Sale

    Salam....Proton Wira 1.8 GSR Turbo Manual untuk dijual...Keluaran tahun 1996

    Bodypart semua standard...cuma bumper jer GSR sbb tak muat intercooler klau pakai bumper std wira  
    Muffler HKS Super Drager...dengan rim 15inch standard Honda Accord punyer 
    Intercooler kecik GSR... 
    enjin GSR yg ori serta bebas dari segala modifikasi...
    Grey interior...........cd player Alpine old skool...gear knop evo...a/cond manual controller...
    Call for the best prize.....

    Friday, November 26, 2010

    The White Comet (Bahagian 3)

    Dalam The White Comet Bahagian 3 just nak penuhkan masa lapang. Tak de benda sangat nak buat, duit pun dah tak berapa nak ada. So, keje dia nak touch up sikit kat bahagian Cover Head GSR tu. Modal pun tak lah berapa besar sgt.

    Cover Head warna biru EX5 Dream dengan Cover Plug GTI warna merah
               
    Tapi, kalau tulisan DOHC 16 VALVE tu kasi gosok ngan kertas pasir lagi ok rasenye...nyway, tak pe lah...malas dah nak buat. Pilih warna biru sebab nak bagi match ngan warna wastegate.....

    Panel depan yang asal potong buang....yg nie buat baru
                                                                  
    Gambar nie dekat sikit
                                                                                                  

    Alang-alang duit ada lebih sikit...terus pegi tinted cermin kereta warna hitam 60%......


    Nak cakap kemas tu, tak la jugak...kalau tgk bahagian dalam plak....huissshhh mmg tak tergamak lorrr....that why la tak tunjuk bahagian dalam. Ape-ape hal, kalau lepas nie tuhan bagi rezeki lebih sikit mungkin akan buat piping intercooler yang stailess steel. Baru la dalam ruang engine nampak kemas sikit..hehehe....The White Comet bahagian 4 akan menyusul kemudian....

    Monday, August 16, 2010

    The White Comet (Bahagian 2)

    The White Comet bahagian 2 ini pula adalah progress yang dilakukan terhadap kereta aku. Penambahan yang telah dilakukan adalah seperti memasang Sard Fuel regulator dan juga oil catch tank dari Cusco

    Sard Fuel Regulator

    Meter Fuel Regulator


    Cusco Oil Catch Tank


    Ruang engin yang sempit menyukarkan lagi untuk memasang oil catch tank ini dan akhirnya terpaksalah ia dibuang. Lagi pun tanpa oil catch tank ini tidak akan merubah apa-apapun terhadap keupayaan engin.

    Setelah sekian lama memakai wastegate klon HKS  ini, sudah tiba masanya untuk membuat pembahaaruan terhadap turbo manifold dan juga wastegate itu sendiri. Selepas Kakimotor dan juga N1 Racing, kini F3 motorsport menjadi pilihan hati untuk mencari pelbagai barang kereta yang baru mahupun yang terpakai. F3 racing motorsport terletak hampir 20 KM dari bandar Kota Bharu, 20 KM dari bandar Machang dan 25 KM dari bandar Pasir Puteh.

    External Wastegate AVS

     Custom turbo manifold

    Untuk memasang turbo manifold tidaklah begitu sukar. Namun apabila engine 4G93T berada di dalam ruang engin kereta proton saga ia amat merumitkan kerana engin yang besar dan pula ruang engin kereta proton saga adalah kecil. Jadi terpaksalah kami memotong panel depan untuk menjadikan ruang yang lebih luas. Perlu diambil kira, engin akan bergerak ke depan dan perlu memastikan agar Turbo manifold ini tidak bersentuhan dengan tangki air ataupun radiator.



    Saturday, August 7, 2010

    The White Comet (Bahagian 1)

    Pada tahun 2003 keluargaku telah memberi kebenaran untuk memiliki sebuah kereta buatan Malaysia ini. Walaupun kereta ini bukannya yang berjenama dan mahal, namun hatiku sudah cukup puas kerana sudah memiliki kereta Proton Saga 1.5I.
    Dengan engin yang berkuasa 1500 liter automatik, aku belum puas untuk menikmatinya lagi. Dengan mengumpul duit yang ada, engin kereta yang bernombor 4G15 telah diubahsuaikan kepada 4G61 NA. Ini sebagai permulaan aku untuk mengenal sedikit sebanyak di dalam bidang dunia permotoran.
    Bak kata pepatah "malang tak berbau", engin mirage 4G61 NA hanya bertahan selama 1tahun setengah sahaja atas kesilapan teknikal. Lebih kurang 1 tahun keretaku tidak berenjin. Namun aku kuatkan semangat untuk menggantikan engin yang lebih berkuasa. Pada tahun 2007 aku berjaya memiliki engin GSR4G93T yang diimport dari Jepun. 
    Gembira hatiku tak tertahan untuk mencuba jantung baru yang dipasang ini. Walaupun belum diubah suai kuasanya tetap hebat. Harga engin ini pada tahun 2007 boleh mencecah RM7000 + kos penghantaran + kos pemsangan mungkin melebihi RM9000. Ramai kawan-kawanku berpendapat ia tidak berbaloi untuk memilikinya yang mana pada masa itu harga sebuah kereta Proron Saga adalah hampir menyamai nilai engin tersebut. Namun aku tidak peduli, asalkan diriku puas. Dengan pengalaman yang telah ada dan pandangan rakan-rakan yang lain, aku telah membuat pembaharuan sedikit demi sedikit terhadap engin tersebut.

    Dengan mengumpul modal sedikit demi sedikt aku telah berjaya mendapatkan satu set adjustable suspension designed by GAB absober. Walaupun ia adalah satu jenama yang biasa bagi dunia permotoran, namun itulah sahaja yang mampu aku dapatkan pada masa kini. Dengan memasang absober ini, barulah ada keberanian untuk mencuba keupayaan sebenar kereta aku ini. Sebelum ini aku hanya berani memandu 80-110 km/j. Selepas sahaja memasangnya had laju maksimum telah pun ku capai dengan 180++ km/j.
    Exhaust silent flow yang berharga RM 400 berjaya aku miliki di Puchong. Dengan saiz inlet dan outlet 3 inci sudah cukup puan untuk mendengar deruman engin yang kasar. Pemasangan dengan sempurna dengan membuang silencer di tengah dan piping 2.5 inci sudah memadai bagiku yang masih lagi cetek dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, dengan pembacaan dari buku, melayari internet dan juga pengalaman bertemu dengan orang yang lebih mahir, aku cuba untuk bertindak dengan lebih jauh lagi.

    Black Apexi Boost meter telah menarik minat aku untuk memilikinya walaupun dengan apa cara sekalipun. Dengan modal yang sedia ada, aku telah berjaya memilikinya dengan harga RM380 di Kakimotor Racing Bandar Sunway.
    Dengan background hitam, lampu yang berwarna biru dan jarum yang berwarna merah sudah cukup untuk menyerikan bahagian dalaman kereta ku. Biarpun bermodal besar namun hatiku puas kerana dapat memilikinya walaupun terpaksa bersusah payah sedikit.
    Aerospeed adjustable cam pulley menjadi pilihan aku. Bukannya apa, kalau nak dibandingkan dengan jenama adjustable cam pulley yang lain, jenama Aerospeed lah yang paling murah. Berbanding dengan jenama HKS yang mana harganya 2-3 kali ganda lebih mahal dari jenama Aerospeed.  Harga untuk sepasang adjustable cam pulley jenama Aerospeed ini dalam RM420.

    Wastegate adalah salah satu kegilaan kepada yang mempunyai kereta turbo. Oleh yang demikian, aku pun tidak terlepas dari menggunakannya. Pemasangannya adalah amat cerewet dan memakan masa sehingga 1 hari untuk menyiapkannya. Ini bergantung kepada jenis kereta, keluasan di dalam engin dan yang paling penting sekali ialah pemasang wastegate mestilah seseorang yang amat kreatif.

    Selain barang aksesori engin, aku juga telah membuat penukaran terhadap dashboard, yang mana dashboard asal proton saga telah di tukarkan dengan dashboard Lancer Fiore original dari Jepun. Hanya model ini sahaja yang aku perolehi.

    Setelah semua perubahan aku sudah lakukan, kini sudah tiba masanya perubahan kepada warna kereta kesayangan ku pula. Warna putih menjadi pilihan dengan sedikit penambahan di atas bonet hadapan yang mana aku telah memasang air vent dari bonet Mitsubishi VR4.

     Polish semua body kenderaan adalah proses terakhir dalam mengecat. Tukang cat mestilah orang yang mempunyai banyak pengalaman dan teliti dalam memastikan cat itu sekata dan bersinar.
    Inilah hasilnya.......







    On the Road The White Comet............