Pages

Saturday, August 7, 2010

The White Comet (Bahagian 1)

Pada tahun 2003 keluargaku telah memberi kebenaran untuk memiliki sebuah kereta buatan Malaysia ini. Walaupun kereta ini bukannya yang berjenama dan mahal, namun hatiku sudah cukup puas kerana sudah memiliki kereta Proton Saga 1.5I.
Dengan engin yang berkuasa 1500 liter automatik, aku belum puas untuk menikmatinya lagi. Dengan mengumpul duit yang ada, engin kereta yang bernombor 4G15 telah diubahsuaikan kepada 4G61 NA. Ini sebagai permulaan aku untuk mengenal sedikit sebanyak di dalam bidang dunia permotoran.
Bak kata pepatah "malang tak berbau", engin mirage 4G61 NA hanya bertahan selama 1tahun setengah sahaja atas kesilapan teknikal. Lebih kurang 1 tahun keretaku tidak berenjin. Namun aku kuatkan semangat untuk menggantikan engin yang lebih berkuasa. Pada tahun 2007 aku berjaya memiliki engin GSR4G93T yang diimport dari Jepun. 
Gembira hatiku tak tertahan untuk mencuba jantung baru yang dipasang ini. Walaupun belum diubah suai kuasanya tetap hebat. Harga engin ini pada tahun 2007 boleh mencecah RM7000 + kos penghantaran + kos pemsangan mungkin melebihi RM9000. Ramai kawan-kawanku berpendapat ia tidak berbaloi untuk memilikinya yang mana pada masa itu harga sebuah kereta Proron Saga adalah hampir menyamai nilai engin tersebut. Namun aku tidak peduli, asalkan diriku puas. Dengan pengalaman yang telah ada dan pandangan rakan-rakan yang lain, aku telah membuat pembaharuan sedikit demi sedikit terhadap engin tersebut.

Dengan mengumpul modal sedikit demi sedikt aku telah berjaya mendapatkan satu set adjustable suspension designed by GAB absober. Walaupun ia adalah satu jenama yang biasa bagi dunia permotoran, namun itulah sahaja yang mampu aku dapatkan pada masa kini. Dengan memasang absober ini, barulah ada keberanian untuk mencuba keupayaan sebenar kereta aku ini. Sebelum ini aku hanya berani memandu 80-110 km/j. Selepas sahaja memasangnya had laju maksimum telah pun ku capai dengan 180++ km/j.
Exhaust silent flow yang berharga RM 400 berjaya aku miliki di Puchong. Dengan saiz inlet dan outlet 3 inci sudah cukup puan untuk mendengar deruman engin yang kasar. Pemasangan dengan sempurna dengan membuang silencer di tengah dan piping 2.5 inci sudah memadai bagiku yang masih lagi cetek dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, dengan pembacaan dari buku, melayari internet dan juga pengalaman bertemu dengan orang yang lebih mahir, aku cuba untuk bertindak dengan lebih jauh lagi.

Black Apexi Boost meter telah menarik minat aku untuk memilikinya walaupun dengan apa cara sekalipun. Dengan modal yang sedia ada, aku telah berjaya memilikinya dengan harga RM380 di Kakimotor Racing Bandar Sunway.
Dengan background hitam, lampu yang berwarna biru dan jarum yang berwarna merah sudah cukup untuk menyerikan bahagian dalaman kereta ku. Biarpun bermodal besar namun hatiku puas kerana dapat memilikinya walaupun terpaksa bersusah payah sedikit.
Aerospeed adjustable cam pulley menjadi pilihan aku. Bukannya apa, kalau nak dibandingkan dengan jenama adjustable cam pulley yang lain, jenama Aerospeed lah yang paling murah. Berbanding dengan jenama HKS yang mana harganya 2-3 kali ganda lebih mahal dari jenama Aerospeed.  Harga untuk sepasang adjustable cam pulley jenama Aerospeed ini dalam RM420.

Wastegate adalah salah satu kegilaan kepada yang mempunyai kereta turbo. Oleh yang demikian, aku pun tidak terlepas dari menggunakannya. Pemasangannya adalah amat cerewet dan memakan masa sehingga 1 hari untuk menyiapkannya. Ini bergantung kepada jenis kereta, keluasan di dalam engin dan yang paling penting sekali ialah pemasang wastegate mestilah seseorang yang amat kreatif.

Selain barang aksesori engin, aku juga telah membuat penukaran terhadap dashboard, yang mana dashboard asal proton saga telah di tukarkan dengan dashboard Lancer Fiore original dari Jepun. Hanya model ini sahaja yang aku perolehi.

Setelah semua perubahan aku sudah lakukan, kini sudah tiba masanya perubahan kepada warna kereta kesayangan ku pula. Warna putih menjadi pilihan dengan sedikit penambahan di atas bonet hadapan yang mana aku telah memasang air vent dari bonet Mitsubishi VR4.

 Polish semua body kenderaan adalah proses terakhir dalam mengecat. Tukang cat mestilah orang yang mempunyai banyak pengalaman dan teliti dalam memastikan cat itu sekata dan bersinar.
Inilah hasilnya.......







On the Road The White Comet............

6 comments:

Unknown said...

gud try 4 da new bloggers....tapik kan...ayat nyer cam karangan nak anto kat chegu2 jerk.....huhuhu...nyway..mmg perfect lorgh citer pasal white comet tuh...detail gler...

Unknown said...

huhu...comei2.. letih aku baco karange mu mar.. maso skoloh dulu, aku serro mu malas nk nulis karange.. hahahaha...

tp hok sungguh, comei keto nih.. banggo mahathir saga nih gagoh lagi atas jale, jatung baru pun takpo, asal lambe proton te'pek kemah lagi...

Ammar Abdullah said...

yo lo doh tu mat...

Anonymous said...

Still guna lagi x keter white comet tuh?

Anonymous said...

jol0w blak0w dh, blagow angim blakow hk mna tulis atas tuh, hk penting, F3 RACING MOTORSPORT kna ado.. hehehe

Anonymous said...

bro brape hrga adjstable suspension tu bro??

Post a Comment