Sard Fuel Regulator |
Meter Fuel Regulator |
Cusco Oil Catch Tank |
Ruang engin yang sempit menyukarkan lagi untuk memasang oil catch tank ini dan akhirnya terpaksalah ia dibuang. Lagi pun tanpa oil catch tank ini tidak akan merubah apa-apapun terhadap keupayaan engin.
Setelah sekian lama memakai wastegate klon HKS ini, sudah tiba masanya untuk membuat pembahaaruan terhadap turbo manifold dan juga wastegate itu sendiri. Selepas Kakimotor dan juga N1 Racing, kini F3 motorsport menjadi pilihan hati untuk mencari pelbagai barang kereta yang baru mahupun yang terpakai. F3 racing motorsport terletak hampir 20 KM dari bandar Kota Bharu, 20 KM dari bandar Machang dan 25 KM dari bandar Pasir Puteh.
External Wastegate AVS |
Custom turbo manifold
Untuk memasang turbo manifold tidaklah begitu sukar. Namun apabila engine 4G93T berada di dalam ruang engin kereta proton saga ia amat merumitkan kerana engin yang besar dan pula ruang engin kereta proton saga adalah kecil. Jadi terpaksalah kami memotong panel depan untuk menjadikan ruang yang lebih luas. Perlu diambil kira, engin akan bergerak ke depan dan perlu memastikan agar Turbo manifold ini tidak bersentuhan dengan tangki air ataupun radiator.
2 comments:
giler le keta otai
nak mintak tunjuk ajar buat blog bleh tak?
Post a Comment